Photobucket

Tuesday, April 12, 2011

KALAU CINTA, JANGAN EGO...!!!

Sifat ego sebenarnya boleh di hapuskan dengan satu perkataan je "TERPAKSA", sangat2 mudah!!
Kalau lah perkataan terpaksa tu tak ade dlm kamus idup korng, mesti akan huru hara jadi nya.

1) Fahami situasi semasa


Mustahil seseorng tu enggan menghargai pasangannya jika si dia betul2 mengambil berat kecualilah ia sedang dalam keadaan yg tidak normal. Pasangan yang normal mesti akan membalas cinta dengan cinta, sentuhan dengan sentuhan, bantuan dengan bantuan serta saling mengambil berat antara satu sama lain. Tidak mungkin tiada apa2 respon kepada si pasangan. Korang sebagai pasangannya mesti paham si dia juga manusia biasa, sama seperti diri korang jugak. Kalau ada apa2 probie atau tertekan atas sebab2 tertentu pasti layanan anda kepada pasangan juga turut tergangu bukan?

Oleh itu, jangan di sebab kan pasangan tak balas kebaikan atau tidak melayan anda dengan baik lalu anda pun bawa diri dan mementingkan ego sendiri..oh sama skali tidak..salah tu! Kita perlu paham situasi mempengaruhi sikap manusia. Jadi lebih baik membiarkan situasi yang panas berlalu dengan sikap lebih bersahaja.

2) Tunjuk pada Tuhan


Org yang ego sentiasa mahu menunjukkan dirinya sahaja yang di pihak benar dan org lain salah. Harap korang tak terpancing dgn sikap pasangan yg ego..!! Korang akan lebih berasa tenang jika korng tak peduli dengan sikap ego manusia yang mengganggu kerana Allah sentiasa menjadi sandaran dan rujukan. Hati yang sentiasa bersama Allah tak akan sempat merasa pedih dik di sakiti kerana sibuk memikirkan tentang kebaikan yang hendak dilakukan.

3) Kalau cinta, ego jadi nikmat


Kalau sedang berkasih manusia tak peduli dibuli kekasih, pelik tapi benar! Di suruh apa pun anda sanggup buat. Marah seteruk mane pun hati anda tetap berbunga2 bila berjumpa. Senangnya nk hapuskan sifat ego di hadapan pasangan, cukup dengan usaha untuk jatuh cinta kepadanya berkali2. Cintailah hati korang yang ingin berbuat baik, wajah yang sentiasa senyum redha, tangan dan kaki yang mahu berkorban untuk org yg di cintai.
Ego tak ego, kehidupan tetap diteruskan. Jangan biarkan kaki anda berhenti melangkah ke matlamat bahagia kerana sakit hati dengan pasangan. Ego sifat nya datang dan pergi tapi cinta yang sejati yang menentukan apakah korang berdua dapat bertahan dalam suasana penuh toleransi.

1 comment:

  1. perghhhh , terase, hahaha ! bole buat pedoman ayat kau nie, weyh, pesal aku dah tade kat sebelah ni ? -----> sobs3...... aku dh tuka link aw.. http://lalunalikethislifestory.blogspot.com/

    ReplyDelete