Photobucket

Wednesday, March 30, 2011

Kerana Cinta





Cinta....
Cinta itu buta,
Betulkah cinta itu buta??
Ataukah manusia yang bercinta itu buta??
Hanya mereka yang mampu mentafsirkannya,

Cinta...
Kerana cinta manusia menghamba,
Kerana cinta manusia alpa,
Kerana cinta manusia tega.

Cinta...
Kadangkala ada keburukan
Kadangkala ada juga kebaikannya,
Kerana cinta si dia bahagia,
Kerana cinta si dia sengsara,
Kerana cinta si dia berdaya,
Semuanya kerana cinta.

Cinta...
Aku bersyukur pada yang Esa,
kerana dia aku bahagia,
kerana dia aku mengenal erti cinta,
kerana dia luka di hati sembuh sepenuhnya,
tapi....tahukah dia dalam hati ini cuma ada dia,
dia seorang adam yang terlalu aku cinta,
tiada siapa yang mampu menandinginya.

Cinta...
aku berharap suatu hari nanti,
pasti dia akan mengerti,
apa yang terbuku di dalam hati ini,
kalau lah aku mampu mengukur cinta,
akan aku persembahkan dihadapannya,
agar dia tahu setinggi mana cintaku terhadapnya,
bukan hanya semata berkata tetapi ianya nyata.




*ikhlas dari jiwa kerana rasa*

3 comments:

  1. perghhh sejak bile kau terer bermadah pujangga ni weyh..... hehehe sweeettt!! bg zul bacee ey :)

    ReplyDelete
  2. haha~
    tu la kau ske pndng rendah kat akuh yg mmg sdia kala rendah nie..
    akuh mmg cmnie..ade mase idea dtg mencurah2..akuh tabur la kat ruangan yg da sedia ad nie..ahaks.. baik tak ayat..dtg dr jiwa ni kak lalun oi..haha~ =.='

    ReplyDelete
  3. hahha...yela2, same la pale otak kite ni, bile dtg idea je, mcm2 kuar kang, huhu

    ReplyDelete