Photobucket

Thursday, June 16, 2011

Bagaimana Mendekati Wanita Pujaan..??

Perempuan dikatakan punya sikap yg sering b'ubah2. Sebab tu lah ramai lelaki yg sukar memahami insan yg bergelar PEREMPUAN...

GUNAKAN KELEBIHAN WANITA
Ada wanita yg memiliki idea atay IQ yg lebih bernas drp kaum lelaki. Jika lelaki melihatnya dr sudut yg positif, bermakna kelebihan wanita jika digandingkan mampu mencipta idea yg hebat. TETAPI......kelemahan wanita adalah kalah dgn emosi. Oleh itu, dlm menakluk hati wanita lelaki sebenarnya boleh gunakan kelebihan dan kelemahan ini sebagai "senjata" mereka. Ahaa...terpulang lah kn kpd individu tu...mcm ne nk tackle wanita idaman mereka!! :)


PERANCANGAN TELITI
Bagi kaum lelaki ni, kalau nk pikat perempuan tu perlu lah ada strategi yg betul ataupn tak menggelabah serta poyo lah kn. Hahaa... Jika strategi tu tak plan betul2, maka anda akan di kuasai oleh perempuan tu pulak. Nasiblah kn.. hehe.

JANGAN TERLALU MENDESAK
Lelaki nie die ada satu sifat yang suka sgt mendesak. Mereka akn berasa puas bila semua kata2 atau arahan di dituruti sepenuhnya.. Mana aci kn kaum perempuan.. Lelaki perlu bersikap rasional dlm menguruskan hal. Insya-Allah hubungan akn kekal.. AMIN. 

BUAT WANITA TERGILA-GILA PADA ANDA
Buat wanita tergila2kn anda bkn dengan menggunakan khidmat dukun atau ilmu hitam ye kwn2.. Tapi ini cara yg natural... Nk tahu apa dia?? Meh sini, cik habaq.. Korang cuma perlu berilmu, berkarisma, dan sifat2 lelaki yang sepatutnya ada pada lelaki. Senang cerita, gunakan kelebihan yg ada pada anda untuk buat wanita gilakan anda. 

DISIPLIN DIRI
Sesetngah kaum lelaki nie, dia akan bangga bila dia menjadi atau di gelar MAT ROMEO atau HERO SI GADIS2. Ohh..please lah!! Para wanita tidak gemar atau sukakan lelaki seperti itu, sbb nya. Perempuan takut, hubngan yang di bina tidak akan kekal lama. Lagi2 bg mereka yg sudah berkahwin. Wanita biasanya mencari lelaki yg boleh di jadikan pelindung. Tidak ada ruginya jika anda setia kepada pasangan anda. Malah pasangan anda akan lebih menyayangi diri anda. 

PERLUKAN PERANCANGAN
Sebahagian kaum lelaki suka keluar malam semata2 untuk berhibur dgn teman2.  Ini tidak menggambarkan komitmen anda. Tidak salah jika hanya sekali sekala. Wanita mahukan lelaki yg penuh perancangan bukan asyik bergembira tanpa hala tuju.

KAWAL CEMBURU
Bukan hanya kaum wanita sahaja yg tahu cemburu. Malahan kaum lelaki lebih hebat cemburunya dr kaum wanita. Tidak ada salahnya dengan perasaan cemburu. Biarlah cemburu bertempat, jangan hanya cemburu buta yg tidak tentu pasal dan merugikan diri sendiri. Dalam mencari kekuatan diri anda, kenalilah sikap diri yang mungkin mejauhkan diri dr insan yg bergelar wanita. 

No comments:

Post a Comment